Betul Ke Ganja Dapat Kurangkan Penyakit Kronik Dan Lebih Selamat Daripada Gula?

Trending

Betul Ke Ganja Dapat Kurangkan Penyakit Kronik Dan Lebih Selamat Daripada Gula?

Sebut saja tentang Marijuina atau ganja, pasti akan terbayang dalam fikiran anda tentang hukuman gantung sampai mati dan ketagihan yang melampau.

Kita pun dah tahu, kini ada beberapa negara membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan antaranya kanada, Australia, Amerika Syarikat dan terbaru di Thailand.

Advertisement

Satu kajian dijalankan oleh Malaysia Society of Awereness (Masa) tentang penggunaan ganja diakui mampu mengurangkan sakit kronik.

Kajian menunjukkan 29.3 peratus daripada 1,367 penghidap pelbagai penyakit kronik mendakwa penggunaan ganja berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ganja berdos rendah memberi kebaikan kesihatan tetapi membawa mudarat jika diambil berlebihan.

Tindak balas semulajadi yang dikatakan membawa rasa khayal. Bagaimanapun, penggunaannya harus dikaji dengan lebih terperinci kerana tidak membawa kemudaratan.

Hasil kajian secara dalam talian oleh MASA pada 20 Disember lalu, antara pesakit yang menggunakan kanabis meliputi mereka yang menghidap kanser, sakit kronik, autisme dan epilepsi atau sawan.

Sebanyak 55.8 peratus daripada 2,000 responden juga menganggap penggunaan ganja untuk perubatan lebih selamat berbanding pengambilan gula berlebihan.

Masyarakat di negara ini boleh menerima penggunaan ganja kerana ia lebih selamat berbanding amalan merokok, minum arak dan pengambilan gula berlebihan.

 

Sumber : projekm

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...