July 4th, 2018

Hari ini seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada berita pendakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan kes pecah amanah dimana belau memindahkan RM 42 juta ke dalam akaun peribadinya dari bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd.

Tentu sekali berita tersebut mendapat reaksi penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang juga menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Fazley menerusi akaun Instagramnya berpendapat memang sudah tiba masanya unutk rakyat Malaysia mengetahui kebenaran disebalik segala skandal penyelewengan wang dan kes-kes lain melibatkan bekas perdana menteri itu. Keadilan haruslah ditegakkan.

Namun, Fazley turut mempersoalkan penahanan Najib Razak, adakah benar beliau betul-betul bersalah atas setiap kesalahan yang dilakukan ataupun ada pihak lain yang menjadi dalang disebalik apa yang berlaku.

Najib Razak didakwa atas Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda. Beliau ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam. Bagaimanapun, penahanan beliau tidak melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber Berita : Instagram Fazley Yaakob & Sinar Harian


42 responses to “Betul Ke Dia Bersalah Atau Ada Pihak Lain Jadi Dalang? – Fazley Yaakob Persoalkan Penahanan Najib Razak”

  1. Anonymous says:

    Shut up

  2. She says:

    YO BRO,
    U NAK BUTHURT DGN ORANG TU, U INGAT ADA ORANG LUPA KA U TIPU PHD U? SIAP DAPAT DATUK LAGI…

    KALAU I JADI MAK PUN I TAKNAK ANAK I KAWIN DGN U.. SAMA PENIPU.

  3. Anonymous says:

    satu2… lepas ni rosmah pulak…
    sejak zaman sblm najib jadi TPM pun… kwn aku yg serve rosmah ni ckp dia jenis high taste tak padan dgn asal usul tinggal umah papan tepi hutan… asal buat gathering mkn2 kt umah rosmah ni bodo2 sudu rm20 belum garfu pinggan gelas… branded stuff sume… tp sejak najib jd PM makin sakan soping… main juta2 pulak beg cincin yg ade tiara motif nk berdiri sebelah kate middleton ker camne…

    commonsense laaa dr siti hasmah pun 20 thn jdi 1st lady xde pulak begitu byk nyer hadiah… padahal mahathir lebih di kenali seluruh dunia di jemput di beri penghormatan mcm2 negara.. D.S.Hasmah tak ade dpt hadiah beg ratus ribu ikut value zaman diorg dulu… tak kan dlm beza 10thn dulu tiba2 1dunia nk kasi beg value berjuta2 hadiah kt rosmah… melainkan rasuah under table

Loading...