Betul Ke “Degree Accounting” Malaysia Tidak Laku ? Individu Ini Dedahkan Sebabnya

Trending

Betul Ke “Degree Accounting” Malaysia Tidak Laku ? Individu Ini Dedahkan Sebabnya

Ada satu dari 15 cadangan dalam laporan CSAP, menyarankan agar “Degree Accounting Malaysia” digugurkan dari menjadi salah satu kelayakan menjadi akauntan bertauliah di Malaysia.

Laporan itu menyarankan hanya yang memiliki sijil professional seperti ACCA, CIMA, CPA dan lain lain sahaja layak menjadi Akauntan bertauliah.

Advertisement

Memiliki sijil professional itu bagus.

Tidak mengiktiraf Degree universiti Malaysia itu sesuatu tindakan memalukan universiti tempatan sekaligus memalukan sistem pendidikan perakaunan di negara ini.

Ramai tak tahu usul ini. Kesannya bukan pada kami yang telah menjadi akauntan. Kesannya kepada adik adik kita yang sedang belajar akaun.

Buat apa bazirkan masa pelajar ambil ijazah perakaunan di universiti awam, kalau ianya tak diiktiraf?

Buat apa bazirkan duit kerajaan menanggung kos program ijazah, diploma perakaunan?

Buat apa buang masa pensyarah mengajar anak murid perakaunan di universiti?

Lebih baik mereka cadangkan agar program ijazah Perakaunan ditambah baik agar diiktiraf oleh badan professional luar negara. Bukan dengan tidak mengiktiraf Ijazah dari universiti Malaysia.

Saya menulis ini untuk menyebarkan isu berkenaan laporan CSAP agar ramai mengetahuinya. Saya antara 700 peserta yang hadir Konvensyen Akauntan Nasional pagi tadi tidak bersetuju dengan cadangan CSAP.

Ini pula petikan video menerusi laman facebook Sinar Harian ulasan dan pendapat dari Tuan Nik Hasyudeen mengenai isu ini.

Beritahu kawan kawan anda yang ada Ijazah Perakaunan dari Malaysia. Bagi tau adik adik, sedara mara anda yang sedang belajar perakaunan di Universiti Dalam Malaysia. Kongsikan pada mereka.

Kredit : Redzuan Hassan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...