Ada satu dari 15 cadangan dalam laporan CSAP, menyarankan agar “Degree Accounting Malaysia” digugurkan dari menjadi salah satu kelayakan menjadi akauntan bertauliah di Malaysia.
Laporan itu menyarankan hanya yang memiliki sijil professional seperti ACCA, CIMA, CPA dan lain lain sahaja layak menjadi Akauntan bertauliah.
Memiliki sijil professional itu bagus.
Tidak mengiktiraf Degree universiti Malaysia itu sesuatu tindakan memalukan universiti tempatan sekaligus memalukan sistem pendidikan perakaunan di negara ini.
Ramai tak tahu usul ini. Kesannya bukan pada kami yang telah menjadi akauntan. Kesannya kepada adik adik kita yang sedang belajar akaun.
Buat apa bazirkan masa pelajar ambil ijazah perakaunan di universiti awam, kalau ianya tak diiktiraf?
Buat apa bazirkan duit kerajaan menanggung kos program ijazah, diploma perakaunan?
Buat apa buang masa pensyarah mengajar anak murid perakaunan di universiti?
Lebih baik mereka cadangkan agar program ijazah Perakaunan ditambah baik agar diiktiraf oleh badan professional luar negara. Bukan dengan tidak mengiktiraf Ijazah dari universiti Malaysia.
Saya menulis ini untuk menyebarkan isu berkenaan laporan CSAP agar ramai mengetahuinya. Saya antara 700 peserta yang hadir Konvensyen Akauntan Nasional pagi tadi tidak bersetuju dengan cadangan CSAP.
Ini pula petikan video menerusi laman facebook Sinar Harian ulasan dan pendapat dari Tuan Nik Hasyudeen mengenai isu ini.
Kredit : Redzuan Hassan