“Betul Ke Anak I Atau Anak Lelaki Lain” – Seronok Berzina, Bila Teman Wanita Mengandung Tiba-Tiba Mengaku Mandul

Kehidupan

“Betul Ke Anak I Atau Anak Lelaki Lain” – Seronok Berzina, Bila Teman Wanita Mengandung Tiba-Tiba Mengaku Mandul

Pada zaman sekarang, sesetengah pihak dalam masyarakat kita menjadikan zina satu perkara yang normal malah ada yang seronok dengan kehidupan sebegitu.

Lebih menyedihkan, ada juga segelintir yang tergamak menggugurkan kandungan apabila mengandung atau membuang bayi sebaik saja dilahirkan kerana tidak mahu bertanggungjawab.

Advertisement

Namun, seorang lelaki ini lain pula apabila dia mengaku mandul kerana tidak mahu bertanggungjawab anak yang dikandung oleh kekasihnya hasil hubungan terlarang.

Perkongsian tersebut tular di Twitter baru-baru ini di mana menerusi screenshot perbualan, lelaki tersebut didakwa menipu dengan berkata doktor telah mengesahkan bahawa dirinya mandul.

Difahamkan, dia mahu kekasihnya jujur dan mengaku jika pernah terlanjur dengan lelaki lain namun menurut wanita tersebut, dia hanya pernah berzina dengannya.

Doktor bagitahu I tak boleh ada anak. Jadi I nak tahu, betul ke itu anak I atau anak lelaki lain? Sebab I 100% pasti I tak boleh buat anak.”

Menurut gadis tersebut, lelaki itu mengaku mandul selepas ada kekasih baru dan meninggalkan dirinya yang mengandung terkontang kanting.

Perbuatan zina merupakan salah satu daripada dosa besar dan amat dilarang dalam agama. Sesiapa yang sudah terlanjur wajib bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Indonesia larang seks luar nikah
1 year ago

"Bila Nak Tegakkan Islam?" - Akan Dipenjara Buat S*ks Luar Nikah Di Indonesia, Netizen 'Perli' Malaysia Bila Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...