Pada zaman sekarang, sesetengah pihak dalam masyarakat kita menjadikan zina satu perkara yang normal malah ada yang seronok dengan kehidupan sebegitu.
Lebih menyedihkan, ada juga segelintir yang tergamak menggugurkan kandungan apabila mengandung atau membuang bayi sebaik saja dilahirkan kerana tidak mahu bertanggungjawab.
Namun, seorang lelaki ini lain pula apabila dia mengaku mandul kerana tidak mahu bertanggungjawab anak yang dikandung oleh kekasihnya hasil hubungan terlarang.
Perkongsian tersebut tular di Twitter baru-baru ini di mana menerusi screenshot perbualan, lelaki tersebut didakwa menipu dengan berkata doktor telah mengesahkan bahawa dirinya mandul.
Difahamkan, dia mahu kekasihnya jujur dan mengaku jika pernah terlanjur dengan lelaki lain namun menurut wanita tersebut, dia hanya pernah berzina dengannya.
Doktor bagitahu I tak boleh ada anak. Jadi I nak tahu, betul ke itu anak I atau anak lelaki lain? Sebab I 100% pasti I tak boleh buat anak.”
Menurut gadis tersebut, lelaki itu mengaku mandul selepas ada kekasih baru dan meninggalkan dirinya yang mengandung terkontang kanting.
Perbuatan zina merupakan salah satu daripada dosa besar dan amat dilarang dalam agama. Sesiapa yang sudah terlanjur wajib bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.