Betul Ke 70% Wanita Malaysia Enggan Berkahwin Dengan Lelaki Gaji Bawah RM5,000

Trending

Betul Ke 70% Wanita Malaysia Enggan Berkahwin Dengan Lelaki Gaji Bawah RM5,000

Mungkin ramai lelaki di Malaysia akan berasa terkejut dengan pendedahan kaji selidik ini lebih-lebih lagi pada mereka yang bergaji kurang dari RM5K.

Menurut laporan kaji selidik yang dilakukan Sweet Ring, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.

Advertisement

Mengulas lanjut perkara ini, laman sesawang cari jodoh tersebut mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia.

Keputusannya, sebanyak 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.

Kebanyakan wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka lebih sanggup membujang hingga ke tua daripada berkahwin.

Berbanding baki 30 peratus responden wanita mengatakan sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Namun pada pandangan lelaki adalah sebaliknya.

60 peratus daripada lelaki menganggap gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sudah mencukupi untuk berkahwin dan mereka tidak kisah pun dengan gaji isteri.

Bagaimana pula pendapat anda sebagai lelaki dan wanita? Adakah anda bersetuju dengan kaji selidik yang telah dibuat ini?

Kongsikan dengan kami.

Sumber : WORLD OF BUZZ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...