Selepas kekecohan tercetus di media sosial berhubung insiden membabitkan pelakon Bella Astillah dan Sophia AlBarakbah di malam Anugerah Melodi Terhangat 2025, sahabat rapat Bella iaitu penyanyi Adira Suhaimi tampil berkongsi perkembangan terkini.
Menurut Adira, dia ada menghubungi Bella bagi memberikan kata-kata semangat buat pelantun lagu Lebih Baik Berpisah itu.
Betul, kami ada berhubung. Semalam (Ahad), saya ada hantar mesej kepada dia. Tapi rahsia lah, tak boleh beritahu apa yang dibualkan.
Tapi saya sentiasa beri dia kata-kata semangat. Kalau dia gembira, kita pun tumpang bahagia. Kalau dia sedih, kita sama rasa sedih juga.
Adira juga menegaskan dia sentiasa menyokong dan mendoakan kebahagiaan Bella meskipun tidak mahu mencampuri urusan peribadi sahabatnya itu secara mendalam.
Tapi kalau kita tengok, Bella dia kuat. Sangat kuat. InsyaAllah kita doakan agar dia okey sahaja. Apapun macam saya cakap tadi, kalau boleh, saya tak nak masuk campur lebih-lebih tapi saya sentiasa doakan Bella supaya dia sentiasa bahagia, insyaAllah.
Berkenaan perkara lain (kemelut antara Bella dan Sophia), saya tak boleh nak komen.
Terdahulu, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, didakwa tidak profesional ketika menyampaikan trofi Selebriti Feminin Terhangat kepada Sophia AlBarakbah. Detik ‘janggal’ di atas pentas itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan membangkitkan semula isu lama yang mendakwa Sophia pernah menjadi punca keretakan rumah tangga Bella dan bekas suaminya, Aliff Aziz.
Menurut pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq, aktres itu masih menyimpan trauma terhadap kisah lalu yang menyakitkan dan memberi kesan mendalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.