Sejak beberapa hari ini, kecoh tentang usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa bahawa dia mempunyai masalah kesihatan mental tahap dua dan memaklumkan bahawa dia menarik diri dari media sosial.
Aliff juga sempat memuat naik sekeping gambar ubat-ubatan untuk membuktikan bahawa dia ‘benar-benar’ mempunyai masalah mental.
Akan tetapi, seorang individu di Twitter mendakwa bahawa dia adalah pemilik sebenar gambar ubat yang dikongsikan pada tahun 2020 dan menuduh Aliff Syukri cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.
Selepas tindakan itu dikatakan ‘kantoi’, Datin Nur Shahida, isteri kepada Aliff Syukri, redha dengan ujian dikurniakan suami yang mempunyai perangai sedemikian.
Shahida menerusi balasan komen daripada netizen di Instagram menyatakan bahawa setiap ujian manusia berbeza-beza dan Allah lebih mengetahui segala-galanya.
Betul Allah uji dengan suami…takpe Allah lebih mengetahui..ujian orang berbeza kan….kan dunia ni bukan tempat kita berehat.”
Sebelum ini, usahawan itu dikecam netizen kerana mempromosikan lagu baharunya bersama Baby Shima yang dianggap seperti pelakon lucah kerana pakaian yang dikenakan .
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: