“Betul Aku Dah Sendu, Harap Korang Support Sediakan RM300 Beli Video..” – Zarina Anjoulie

Hiburan

“Betul Aku Dah Sendu, Harap Korang Support Sediakan RM300 Beli Video..” – Zarina Anjoulie

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil menjawab pelbagai soalan ‘panas’ netizen menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Dalam sesi tersebut, Zarina atau mesra disapa Anju secara terbuka mengakui dirinya kini tidak lagi popular dan sering berdepan kecaman.

Advertisement

Yang benci saya, selalu kecam saya, jadi saya datang sini bawa diri buat video dengan Daddy Ash.

Betul, sendu. Anju memang dah sendu. Sebab tu Anju buat video, harap korang support siapkan RM300.

Kenyataan Anju itu bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat sama ada ia sekadar sindiran, gurauan atau benar-benar serius.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati serta bimbang dengan pengakuan tersebut.

Tah pape bawa diri jauh terpesong. Dia orang macam mencabar Allah takut tengok.

Dah sendu akhirnya pilih jalan gini. Lantak kau lah Anju. Siapa yang support lagi tahulah. Fikir-fikir lah akhirat tu haa.

Namun, ada juga yang berpendapat ia mungkin sekadar strategi pemasaran semata-mata dan bukan sesuatu yang serius.

Terdahulu, nama Zarina kembali menjadi bualan selepas memuat naik video bersama seorang individu dikenali sebagai Hot Daddy.

Dalam rakaman itu, Zarina dilihat berbual bersama beberapa wanita di dapur, namun kemunculan Hot Daddy mencuri perhatian ramai kerana sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral serta menjadi buruan polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

daddy ash
2025-08-19 12:46:59

"Tak Payah Nak Kecewa Sangat La Korang.." - Daddy Ash 'Back Up' Zarina Anjoulie Isu Video Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...