Betty Rahmad Kesal Video Bersama Ruhainies Disalah Anggap – “Laju Buat Andaian, Sudah-Sudahlah”

Hiburan

Betty Rahmad Kesal Video Bersama Ruhainies Disalah Anggap – “Laju Buat Andaian, Sudah-Sudahlah”

Pelakon dan juga usahawan, Betty Rahmad tampil meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap segelintir netizen yang mudah menghukum seseorang.

Sebelum ini, tular, video memaparkan Betty bersama-sama pelakon Nora Danish dan Ruhainies sedang dirakam foto oleh seseorang di sebuah majlis ilmu.

Advertisement

Betty Rahmad Ruhainies Nora Danish

Namun, reaksi Betty dan Nora setelah diambil foto itu mengundang pelbagai spekulasi netizen.

Ujar Betty, kehadirannya ke majlis ilmu itu adalah untuk menambah ilmu pengetahuan, bukan untuk menilai kesalahan orang lain.

Laju je nak buat andaian hanya dari video slow motion itu. Awak semua rasa saya pergi majlis ilmu untuk apa?

Kalau niat jahat dengan orang atau nak menilai orang, lebih baik duduk rumah saja.

Berikutan itu, Betty meminta orang ramai yang mempunyai prasangka buruk untuk berhenti berniat seperti itu.

Masa saya terlalu berharga untuk nilai orang atau ambil tahu pasal orang. Banyak benda dekat diri saya yang nak kena betulkan.

Sudah-sudahlah buat andaian tu. Setiap hantaran boleh dapat duit, pahala atau dosa..pilihlah nak yang mana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ruhainies bergambar dengan nora danish & betty
22 hours ago

Bergambar Bersama Ruhainies, Ekspresi Wajah Nora Danish & Betty Rahmad Curi Perhatian - "Macam Dia Sorang Je Yang Beriya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...