Isu antara selebriti Malaysia, Betty Rahmad dan usahawan Singapura, Alif Adam semakin hangat apabila Betty dilaporkan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap Alif pada 11 Mac 2026.
Menerusi perkongsian di media sosial yang memaparkan dirinya berada di pejabat peguam, Betty menjelaskan bahawa insiden yang berlaku lebih seminggu lalu tidak boleh lagi dibiarkan berlarutan.

Kontroversi itu tercetus selepas Alif, pengasas jenama pembentuk pinggang Waistlab memuat naik video mendakwa Betty bersikap biadab terhadap pekerjanya di reruai Celebfest@Ramadan 2026 yang berlangsung pada 1 Mac di Pusat Konvensyen Suntec, Singapura.
Dalam hantaran Instagram pada 11 Mac, Betty menegaskan bahawa dia tidak akan terus berdiam diri terhadap dakwaan yang dianggap tidak berasas.
“Semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan yang tidak berasas. Diam tidak bermaksud saya rela diri dipijak.”
Celebfest merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai perniagaan kecil, jenama dan personaliti terkenal di bawah satu bumbung.
Seorang saksi yang juga pembeli, Nurhidayu Ali, 40, memberitahu BH bahawa keadaan di reruai Waistlab ketika itu agak sibuk dengan ramai pelanggan, selain hanya terdapat dua pekerja yang melayan pembeli.
BH turut cuba mendapatkan komen Betty namun beliau memaklumkan tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut kerana perkara itu kini sedang diuruskan oleh peguamnya.
“Saya tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini. Saya harap anda memahami,” katanya.
Bagaimanapun, Alif berkata beliau berasa tersinggung dengan kenyataan tersebut.
“Kata Erma Fatima saya bukan setaraf dengannya. Sejujurnya saya rasa tersinggung. Ini tidak ada kena mengena dengan pencapaian seseorang dalam hidup, ini hanya memburukkan keadaan,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

