Betty Benafe Pilih Jejaka Kacukan Inggeris Lubnan Untuk Tamatkan Zaman Solo

Hiburan

Betty Benafe Pilih Jejaka Kacukan Inggeris Lubnan Untuk Tamatkan Zaman Solo

Jutaan tahniah diucapkan kepada Betty Benafe yang akan mengakhiri zaman solonya pada 8 Disember ini. Jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati Betty Benafe ialah seorang lelaki kacukan Inggeris Lubnan yang dikenali dengan nama Bruce Dargus. Mereka berdua telah bertunang pada 14 Jun yang lalu.

betty benafe

Advertisement

Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Betty yang kini berumur 33 tahun berkata yang persiapan untuk majlis perkahwinannya telah pun siap sebanyak 50%. Majlis pernikahan akan diadakan di Johor dengan tema budaya Arab. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Betty dan Bruce atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar kelak.

P.S: Hello Kitty sebagai tour guide di Jepun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

48 Comments

  1. entah la

    September 26, 2012 at 2:43 pm

    tahniah dah bertunang…jgn tak jd nikah yer nanti malu…yg aku pelik gan artis2 nie kan umur dia org nie tak meningkat2…rsnye dah lama dulu umur dia 33thn…aku yg jauh junior dr umur dia pun dah nak msk 3series…artis nie umur dia org tak meningkat2 ke…pelik btl

  2. hola

    September 26, 2012 at 1:46 pm

    lelaki ni bos bahagian IT kat company aku.. baru je join.. xsampai 6 bln lg.. mmg ada dgr citer die ni tunang betty benafe.. dah nak kawin dah yer.. semoga bahagia..

  3. Jeng jeng jeng

    September 26, 2012 at 10:33 am

    Org saiko yg mereng menaip bodoh ni kalo u all komplen2 & bising2 lagilah dia suka.. Saiko yg intention seeker ni..

  4. nana

    September 25, 2012 at 8:51 pm

    ok la tu..nnt jgn lupe buat majlis kt restoran benafe..open house wedding skali hehe

  5. PB

    September 25, 2012 at 8:47 pm

    umo betty banafe 33 tahun???? silap kot..adik dia yg kumpulan Lela (lagu Bidadari) tu ye la 33….dia ni 38 atau 39 camtu la.

Loading...