Betty Banafe Sah Diceraikan Talak Satu

Hiburan

Betty Banafe Sah Diceraikan Talak Satu

Tiada angin, tiada ribut hari ini tersebar pula berita perceraian pelakon Betty Banafe dan Bruce Dargus yang sah bercerai talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Berpisah secara baik, Betty memberitahu dia redha dengan perceraian tersebut dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Buat Betty, kehidupan harus diteruskan dan menganggap perpisahan tersebut memberi peluang untuk dirinya berubah menjadi lebih baik.

Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.

Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan bekas suami seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang.

Betty dan Bruce berkahwin pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

21 Comments

  1. Anonymous

    July 17, 2019 at 3:11 pm

    nama anaknya mcm bkn islam..tpi sebenarnya islam..

    • Anon

      July 17, 2019 at 4:44 pm

      Kalau nama awang, melati, cempaka tu nama islam ke? Rasa nya x de gak dlm quran & bukan bahasa arab. Islam bukan bererti arab & arab bukan semesti nya islam.

  2. Anonymous

    July 17, 2019 at 2:49 pm

    ternyata utk semua org yg kawen2 gah mcm puteri raja, hntaran mahal2 atau di taja2 jutaan ringit bukan penentu kekal rumahtangga sampai mati.

    tengoklah gmbr throwback.., meriahnya kawen, akhirnya cerai..cerai hidup..

  3. Anonymous

    July 17, 2019 at 2:01 pm

    banyak kisah cerai..ada kah ini role model untuk generasi yang akan dtg? harap media tak perlu keluar kan berita tentang penceraian..boleh memberi kesan negatif..tapi, apa sahaja yang boleh mendatang keuntungan untuk media, semua pun boleh jadi cerita..

    akhir zaman..

  4. Anonymous

    July 17, 2019 at 1:42 pm

    retis, semua yang kawin end up bercerai berai

  5. wanita celik internet

    July 17, 2019 at 12:59 pm

    wanita melayu semakin parah di ceraikan..5 rmhtangga, 2 kekal, 3 cerai..aduih………….yg 2 ni pun di awang-awangan mgkn yg bergantung rezeki pada laki je..

    • wakakaa

      July 17, 2019 at 4:49 pm

      kalo ikut petua mak2 zaman skrg.. kawin dgn sape2 pun sapu jer… jadi janda pun xper… yg penting dpt anak… petua hari tua utk hidup berteman & anak besar nnti mak bole hidup senang…
      haaa petua ni dr kak janda opis aku sendiri… tinggi betul angan2 dia kekonon anak besar bole sponsor dia g haji…. sekali skrg anak abis belajar nk kawin pulek… dpt anak xmo keje alsan nk jaga anak pulek… jd surirumah duk sambung perabis beras mak..

    • Anonymous

      July 17, 2019 at 4:59 pm

      mcm abg tiri aku le, bangga anak pompuan masuk u, nnti katanya bila dh keja dpt beli kereta gji bsr, boleh aku duduk depan terbaring terlentok..last2 keja setahun dh kawen, lepas tu smapai skrg ikut laki je dn jdi full housewife..car utk ayah pun x ade, tunggu jelah hari raya naik sama..

      so..jgn ckp tinggi2

Loading...