Tiada angin, tiada ribut hari ini tersebar pula berita perceraian pelakon Betty Banafe dan Bruce Dargus yang sah bercerai talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Berpisah secara baik, Betty memberitahu dia redha dengan perceraian tersebut dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.
Buat Betty, kehidupan harus diteruskan dan menganggap perpisahan tersebut memberi peluang untuk dirinya berubah menjadi lebih baik.
Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.
Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan bekas suami seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang.
Betty dan Bruce berkahwin pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.