January 10th, 2018

Filem serta drama Melayu sekarang ini boleh dikatakan hampir semua mempunyai jalan cerita yang sama. Kalau tidak kena kahwin paksa timbul pula kisah percintaan antara dua darjat. Klise bukan? Malah, banyak juga tajuk-tajuk yang agak mengarut.

Pelakon berbakat, Beto Kusyairy menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dan bosan dengan  industri perfileman negara yang sering menayangkan drama-drama mengarut dengan plot yang sama berulang kali. Adakah penulis skrip sudah ketandusan idea ataupun ini adalah kehendak penonton?

Persoalan Beto mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta selebriti tempatan yang turut bersetuju dengan pemikiran beliau itu.

Memang agak menyedihkan sebenarnya apabila ada sesetengah pihak yang memandang rendah dengan industri perfileman negara yang hanya menyajikan genre yang sama. Namun, bila difikirkan semula, selagi ada orang yang menontonnya, maka drama-drama mengarut itu akan terus ditayangkan.


98 responses to “Beto Kusyairy Sudah Bosan Dengan Drama Cinta Yang Mengarut, Persoal Adakah Ia Kehendak Penonton?”

  1. Anonymous says:

    mcm nila… dah tu yang ada kat stesen tv kite ni rakyat marhain tgkla.. bukan semua rakyat malaysia ni langgan astro ngan hat lain2 tu.. sudah tu kalo tgk cinta terpaksa, ank ceo hensem, kahwin kontrak.. bukannya kite yg tgk ni bodoh nak follow je.. taksub sampai xbole fikir.. kitorang balik keje penat2 taknak tgk cite berat2 kan otak.. yang kutuk2 ni xde keje lain ke..

  2. MERAH JINGGA says:

    hmm..dah berpuloh drama aku tengok sama jer .. lelaki anak datuk kayo..ceo, terpikat minah kg kepoh lurus… then mesti ada minah vogue kawan keluarga lelaki pengacau hubungan..aduiii..aku dah tutup tv slot drama . better tgk tv alhijrah yang penuh dengan ilmuan..

  3. penonton netflix says:

    Meh akak nak ajar…apa matlamat utama stesen TV? buat duit kan? Jadi diorang dah buat market research dan mendapati bahawa 7-8pm adalah waktu makcik2 bawang rileks lepas seharian kemas rumah dan memasak. Dan drama2 ni adalah form of escapism untuk mereka, sebab tu cite dia selalu light dan tunjuk adegan sweet2 dan juga kehidupan orang kaya. Ada faham? Also be aware that this is not a multimillion business like Hollywood. So to make a quick buck, the producers use minimum effort to get maximum profit. Kalu nak buat research pasal doktor, saintis, lawyer bagai it’s time consuming and x tentu dapat sambutan hangat. my two cents.

  4. Anonymous says:

    Drama celah kangkang..mmg betul. Kemarok nk kawin je al kisahnya..

  5. Lampu suluh says:

    Generasi skrg banyak guna bahasa kesat, kasar dan laju sampai tak ada lenggok bahasa. Bodoh babi bangang sial. Cuba la cakap tertib tak payah cakap laju2. Kan elok…

Loading...