Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beto Kusyairy Sudah Bosan Dengan Drama Cinta Yang Mengarut, Persoal Adakah Ia Kehendak Penonton?

Filem serta drama Melayu sekarang ini boleh dikatakan hampir semua mempunyai jalan cerita yang sama. Kalau tidak kena kahwin paksa timbul pula kisah percintaan antara dua darjat. Klise bukan? Malah, banyak juga tajuk-tajuk yang agak mengarut.

Pelakon berbakat, Beto Kusyairy menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dan bosan dengan  industri perfileman negara yang sering menayangkan drama-drama mengarut dengan plot yang sama berulang kali. Adakah penulis skrip sudah ketandusan idea ataupun ini adalah kehendak penonton?

Advertisement

Persoalan Beto mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta selebriti tempatan yang turut bersetuju dengan pemikiran beliau itu.

Memang agak menyedihkan sebenarnya apabila ada sesetengah pihak yang memandang rendah dengan industri perfileman negara yang hanya menyajikan genre yang sama. Namun, bila difikirkan semula, selagi ada orang yang menontonnya, maka drama-drama mengarut itu akan terus ditayangkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

98 Comments

  1. oranglama

    January 12, 2018 at 3:40 am

    aku paling suka drama lama..contoh drama OPAH.drama sekarang rasenye bnyk penulis skrip kopi pasta dari negara luar.siapa setuju setiap kali korang tengok drama2 sekarang ni.korang dapat baca apa terjadi selepas ni.contoh:lepasni confirm mak dia minta die cerai punya..tak pun aku tau confirm budak pengemis ni anak orang kaya.tekaan aku memang tepat..hahaha..like jika setuju.

  2. Anonymous

    January 11, 2018 at 4:06 pm

    Takde siapa nk meniaga rugi dik non. Buat cerita cerdik xde yg nk tgk pulak.

    • Anonymous

      January 12, 2018 at 1:47 am

      Mcm2 korang ckp,tpi tngok jgk

  3. Anonymous

    January 11, 2018 at 10:33 am

    tertengok cite balun yg beto ni belakon..mak aihh teruk benenor lakonan sekor2..aksi lawan2 pon lembab n nmpak bodoh..cukup 15minit terus tukar channel..ya ampunnn!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top