Beto Kusyairi telah meluangkan sedikit masanya untuk bertemu dengan adik beradik yang telah menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka meninggal dunia di dalam kemalangan di DUKE baru-baru ini. Kemalangan tersebut telah menjadi bualan satu Malaysia akibat penglibatan kelab kereta Myvi yang dikenali sebagai Familia Myvi Club. Abang Nara tak dapat bayangkan perasaan kedua-dua adik beradik ini iaitu Amira dan Aqila apabila kehilangan ibu bapa sekelip mata.
Sedih Abang Nara membaca perkongsian yang telah ditulis oleh Beto Kusyairi di laman sosialnya. Menurut pembacaan Abang Nara, ratusan rakyat Malaysia telah turun melawat keluarga mangsa dan melahirkan rasa simpati mereka. Semoga ia sedikit sebanyak menguatkan semangat ahli keluarga terbabit.
Semoga mereka yang menjadi punca kemalangan ini dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin. Kalau didapati benar-benar bersalah, semoga mereka dikenakan hukuman yang setimpal. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, respek buat Beto kerana sempat meluangkan masa untuk berkongsi rasa sedih dengan mangsa kemalangan tersebut. Semoga inisiatif Beto ini dapat membakar semangat ahli keluarga mangsa. Amin.
P.S: Hari ini (5 Mei) adalah hari TERAKHIR untuk diskaun sebanyak RM30 buat semua pakaian wanita daripada Maleena.my. Kualiti produk adalah terjamin dan kesemua rekaan adalah hasil idea team Maleena sendiri. Pembelian hanya boleh dilakukan di www.maleena.my. Silalah cepat sebelum diskaun terhad ini tamat. Jangan lupa ikuti Instagram @maleenaofficial untuk segala berita dan promosi terkini.