“Betapa Pentingnya 25 Peratus Cukai Hasil Pendapatan Diberikan Semula Kepada Johor” – TMJ

Berita

“Betapa Pentingnya 25 Peratus Cukai Hasil Pendapatan Diberikan Semula Kepada Johor” – TMJ

Menerusi hantaran di Facebook, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atau lebih dikenali dengan TMJ menzahirkan rasa tidak puas berhubung kelewatan projek perkhidmatan awam di negeri itu.

Berdasarkan hantaran tersebut, baginda menitahkan agar 25 peratus cukai daripada hasil pendapatan Johor dipulangkan semula kepada kerajaan negeri.

Advertisement

Menurut TMJ, pemulangan tersebut adalah penting bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat negeri itu dapat diuruskan dengan lebih berkesan tanpa membebankan Kerajaan Persekutuan.

Berikutan kelemahan-kelemahan baru-baru ini yang berlaku seperti isu gangguan sistem autogate di BSI dan KSAB, hospital, projek tebatan banjir dan sebagainya, ingin saya sampaikan kepada rakyat Johor betapa pentingnya cukai hasil pendapatan Johor harus dipulangkan sebanyak 25 peratus kepada negeri ini.

TMJ, Sultan Ibrahim dan Anwar Ibrahim

Johor boleh berdiri dengan kaki sendiri

Baginda turut bertitah, Johor akan mempunyai keupayaan kewangan sendiri untuk membiayai keperluan rakyat tanpa perlu menunggu kelulusan pusat yang memakan masa.

Apabila hasil cukai pendapatan Johor sebanyak 25 peratus diberikan semula kepada Johor, bermakna negeri ini boleh berdiri dengan kaki sendiri.

Dalam pada itu, TMJ turut mengingatkan bahawa isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu apabila Johor menyumbang RM48 hingga RM49 bilion cukai setahun kepada kerajaan pusat, namun hanya RM1.4 bilion yang dipulangkan semula.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-03-21 15:19:29

Pertemuan TMJ Dan Faisal Halim Memadam Spekulasi Negatif Dan Isu 'Mastermind' Kes Simbah As*d

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...