“Beta Akan Lakukan Seadil-Adilnya Pemerintahan Di Malaysia.” – Ikrar Sultan Muhammad V

Trending

“Beta Akan Lakukan Seadil-Adilnya Pemerintahan Di Malaysia.” – Ikrar Sultan Muhammad V

Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat berjalan lancar pada hari ini.

Advertisement

Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

BETA SULTAN MUHAMMAD KELIMA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membacakan Surat Perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK MALAYSIA IAITU DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS.”

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Mya

    April 25, 2017 at 3:44 am

    Allahuakhbar…selamatkn la malaysia.. ekonomi dan pemerintahan yg semakin kejam…xertggung rasa… :-(

Loading...