Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bestnya Linda Onn Dapat Naik Belon Panas

linda onn belon panas

Minggu lepas dengan hati yang berkobar-kobar kami memandu kereta ke Putrajaya dengan hanya satu tujuan dan satu impian. Nak naik belon panas atau dalam bahasa omputehnya hot air balloon. Tapi sampai kat sana hati kami yang jadi panas.

Advertisement

Mana taknya, orang punya lah ramai tapi belonnya ada 5 jer. Rasanya jumlah manusia yang ada time tue dekat cecah 10 ribu kot. Macam manalah 5 belon nak menampung ribuan manusia yang nak naik belon panas tue.

Belon dah la ada 5 bijik jer, satu belon tue nak nak buat satu trip ke atas rasanya cecah 20 minit jugak kot. Pastue bukannya tinggi mana pun. Bak kata kawan kitorang, “Kalau terjun pun tak mati”. Bayangkan betapa tak tingginya belon panas nie di udara.

Kami memuji inisiatif pihak penganjur untuk mengadakan aktiviti yang unik macam nie. Tapi pandangan kami lain kali bawaklah sampai 2,3 ratus belon panas. Biar semua orang merasa naik benda tue. Lagipun sekali setahun jer kan. Sekali sekala keluar budget lebih sikit apa salahnya ek?

P.S: Alangkah bestnya jadi selebriti macam Linda Onn dan Halim Othman. Tak payah beratur nak naik belon panas. Huhuhuhu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top