Menerusi sebuah video di TikTok, selebriti jelita Nur Fazura mendapat perhatian ramai warganet selepas dia dilihat membawa pekerjanya ke sebuah butik mewah.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerjanya, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu telah menghadiahkan setiap seorang daripada mereka beg berjenama Coach.
Rakaman dimuat naik di TikTok itu menunjukkan detik-detik ketika mereka sedang membeli belah bersama pekerjanya di butik berkenaan.
Fazura berhabis puluhan ribu untuk hargai staf.”
@sonichussien Fazura juga belanja saya beg ?! Terima kasih
Fazura dikatakan mengajak mereka ke butik itu dan berkata mereka boleh ambil apa saja barang tanpa mengira tanda harga yang tertera.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen memuji sikapnya kerana menjadi majikan yang menghargai pekerja.
Rata-ratanya juga turut mendoakan agar rezekinya melimpah ruah tak lupa juga yang memujinya kerana tidak menunjuk-nunjuk kebaikan di media sosial.
Seorang netizen berkata,
Jual tudung mampu milik. Hargai staff beli tu ini. Rakyat Malaysia pun happy nak support dia.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.