“Bestlah Poligami Ni, Tak Ada Lah Buruk Sangat” – Ezlynn Kongsi Pendapat Mengenai Suami Kahwin Lain

Hiburan

“Bestlah Poligami Ni, Tak Ada Lah Buruk Sangat” – Ezlynn Kongsi Pendapat Mengenai Suami Kahwin Lain

Baru-baru ini, penyanyi Ezlynn disoal tentang kerelaan hati jika suami mengahwini sekali lagi dan jawapan yang diberikan olehnya telah menarik perhatian ramai.

‘I doa nak syurga tertinggi pada Allah..’

Dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook Mingguan Wanita itu, Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin memaklumkan hatinya terbuka dengan luas jika suami mahu mengahwini wanita lain.

Advertisement

Of course I ada rasa sedih, hancur sebab I wanita kan. Tapi I fikir, kenapa Allah lalukan I jalan ni? Sebab doa I ‘Ya allah ya Tuhanku, aku nak masuk syurga tertinggi’. You doa syurga tertinggi tapi you sikit pun tak nak lalu Dia punya ujian.

Kata Ezlynn lagi, barangkali ini merupakan jawapan untuk doanya yang mahukan syurga tertinggi sebelum bernikah dengan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezlynn Ariffin (@ezlynn_hihibyebye)

Akui tak semua wanita boleh terima poligami

Namun begitu, selebriti tersebut mengakui tidak semua wanita boleh menerima poligami dan perlu lihat tahap mental seseorang untuk menerima suami bersama wanita lain.

Kalau you boleh, suami you pandai jaga hati you, pandai pujuk, memang menjalankan tugas dia dengan betul yang hingga membuatkan you rasa macam ‘Eh bestlah poligami ni, tak ada lah buruk sangat. Elok je suami aku layan aku, lagi sayang adalah.’

Sekadar info, Ezlynn dan suaminya, Wan Mohd. Hafizam mendirikan rumah tangga pada 11 September 2021 dan pada tahun 2023, penyanyi itu membenarkan pasangannya untuk mengahwini wanita lain.

Ezlynn beri kebenaran suami kali ketiga
2024-08-22 10:04:51

"Saya Memang Beri Keizinan" - Suami Ezlynn Nak Kahwin Kali Ketiga, Minat Wanita Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...