Melalui laman Instagram aktivis bebas iaitu Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice tampil memuat naik satu hantaran yang telah menarik perhatian warganet.
Caprice ‘serang’ Tun Laila pula?
Hantaran yang dimuat naik, Caprice mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang cuba ‘menyekat’ suaranya daripada bersuara mengenai kes melibatkan seorang jurulatih fitness yang didakwa memukul serta mengugut enam orang mangsa.
Dalam pada masa yang sama, Cap turut meluahkan rasa kecewa susulan perjuangannya diperlekehkan serta dianggap kecil oleh seorang pempengaruh yang juga merupakan peguam, Tun Laila.
Lawak ke Caprice kena suruh diam dari mahkamah?
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyebelahi Caprice, bahkan mempersoalkan tindakan Tun Laila yang didakwa seakan-akan memperlekehkan usaha aktivis itu untuk membela mangsa-mangsa yang teraniaya.
Namun begitu, ada juga yang meminta untuk mendengar penjelasan Tun Laila mengenai kes tersebut kerana dia dikatakan mempertawakan hal lain dan bukannya mengenai Caprice.