“Best Sangat Ke Jadi Bod*h” – Lelaki Buat ‘Content’ Makan Roti Dengan ‘Wet Food’ Kucing, Rupanya Ini Bukan Kali Pertama

Kehidupan

“Best Sangat Ke Jadi Bod*h” – Lelaki Buat ‘Content’ Makan Roti Dengan ‘Wet Food’ Kucing, Rupanya Ini Bukan Kali Pertama

Media sosial ini kalau kita gunakan untuk perkara baik, eloklah hasilnya. Tapi malangnya, ada juga segelintir pengguna akaun yang mahukan perhatian sehingga sanggup melakukan perkara yang bukan-bukan.

Seperti seorang lelaki yang tular baru-baru ini dan mendapat kecaman ramai warganet gara-gara tergamak makan sesuatu yang menjijikkan.

Advertisement

Menerusi video yang tular di Twitter itu, lelaki tersebut dilihat mencuba dan membuat reviu sandwich yang diletakkan inti makanan kucing.

Tanpa memanjangkan masa, dia terus membuka paket wet food dan meletakkan ke atas roti sebelum melipat untuk dimakan.

Meskipun sudah rasa nak termuntah kerana bau makanan itu, dia tetap meneruskan rancangan dengan menyuap dan mengunyah roti tersebut.

Kerana tidak tahan dengan rasa itu, lelaki berkenaan kemudian muntahkan semua roti dan makanan kucing tersebut beberapa kali.

Video tersebut meraih perhatian ramai warganet yang menghentam lelaki tersebut kerana melakukan perkara gila hanya untuk content dan perhatian.

Ada yang turut mengkritiknya kerana melakukan pembaziran meskipun hanya sekeping roti yang digunakan untuk merakamkan content tersebut.

Salah satu syarat nak femes sekarang, kena jadi bodoh.”

KOMEN2 KOMEN

Tinjauan kami ke profil lelaki tersebut mendapati rupa-rupanya itu bukanlah kali pertama dia melakukan reviu dan content sebegitu.

Malah, dia pernah membuat content mencuba wet food kucing yang dimakan terus daripada paket dan menerusi rakaman tersebut juga dia turut dilihat muntah.

makan wet food

Kepada adik adik di luar sana, janganlah lakukan perkara yang kurang bijak hanya untuk content atau perhatian, lebih baik korang buat video tentang sesuatu yang bermanfaat.

Kalau buat content macam ni, satu hari nanti korang akan tengok balik video dan rasa menyesal kerana memalukan diri sendiri.

youtuber
2 years ago

"'Prank' Mengandung, Bersekedudukan Satu Rumah" - JAKIM Diminta Siasat 'YouTuber' Muat Naik Video Pergaulan Bebas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...