“Besok Aku Taknak Tengok Nasi Lemak Kat Sini” – Tular Video Wanita Tengking Peniaga Lain Jual Makanan Sama

Kehidupan

“Besok Aku Taknak Tengok Nasi Lemak Kat Sini” – Tular Video Wanita Tengking Peniaga Lain Jual Makanan Sama

Tular di media sosial semalam apabila sebuah video memaparkan seorang wanita  dipercayai peniaga nasi lemak di tepi jalan mengamuk gara-gara ada peniaga lain yang turut membuka kedai di sebelah gerai mereka dan menjual benda yang sama.

Dalam video tersebut, wanita itu menggesa agar peniaga baru itu menutup perniagaan nasi lemak dan tidak mahu melihat sebarang hidangan tersebut dijual di kedainya.

Advertisement

Besok aku taknak tengok nasi lemak kat sini!

Katanya, dia telah lama berniaga di kawasan tepi jalan tersebut dan merupakan orang ‘in-charge’ dan tidak membenarkan sesiapa berniaga di situ.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan respon pelbagai dan rata-ratanya meluahkan rasa jengkel dengan perangai peniaga nasi lemak tersebut.

TwitterSumber : Twitter  

Malaysia is free country. Suka hati lah nak berniaga apa. Bersaing je la secara sihat. Tawarkan produk yang paling sedap. Tak perlu nak gaduh-gaduh.

Namun , ada juga yang merasakan tidak wajar peniaga berniaga makanan yang sama apatah lagi gerai sebelah menyebelah.

Abah aku pesan kalau nak meniaga tengok sikit kiri kanan juga. Rezeki tu luas. Tapi kena hormat dengan peniaga lain meniaga juga. Selangkah keluar rumah niat mencari rezeki kerana Allah.

Difahamkan gerai nasi lemak tersebut terletak di kawasan Taman Tun Dr Ismail.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengantin tak bayar duit katering
1 year ago

"2 Ekor Kambing Golek, Lima Buah Khemah" - Dah 10 Bulan Kahwin, Pengantin Enggan Bayar Hutang Katering RM26k

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...