Tular di media sosial semalam apabila sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai peniaga nasi lemak di tepi jalan mengamuk gara-gara ada peniaga lain yang turut membuka kedai di sebelah gerai mereka dan menjual benda yang sama.
Dalam video tersebut, wanita itu menggesa agar peniaga baru itu menutup perniagaan nasi lemak dan tidak mahu melihat sebarang hidangan tersebut dijual di kedainya.
“Besok aku taknak tgk nasi lemak kat sini!”
Ni la definisi melayu dengki. Tak boleh tgk org lain berniaga benda sama. Kat TTDI ni, depan vads pic.twitter.com/hoNwXhsyZI
— Haqim (@emrhqm) October 11, 2022
Besok aku taknak tengok nasi lemak kat sini!
Katanya, dia telah lama berniaga di kawasan tepi jalan tersebut dan merupakan orang ‘in-charge’ dan tidak membenarkan sesiapa berniaga di situ.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan respon pelbagai dan rata-ratanya meluahkan rasa jengkel dengan perangai peniaga nasi lemak tersebut.
Malaysia is free country. Suka hati lah nak berniaga apa. Bersaing je la secara sihat. Tawarkan produk yang paling sedap. Tak perlu nak gaduh-gaduh.
Namun , ada juga yang merasakan tidak wajar peniaga berniaga makanan yang sama apatah lagi gerai sebelah menyebelah.
Abah aku pesan kalau nak meniaga tengok sikit kiri kanan juga. Rezeki tu luas. Tapi kena hormat dengan peniaga lain meniaga juga. Selangkah keluar rumah niat mencari rezeki kerana Allah.
Difahamkan gerai nasi lemak tersebut terletak di kawasan Taman Tun Dr Ismail.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.