Besi Tingkap Dicungkil, Wanita Dirogol Dalam Bilik Ketika Suami Tidur Di Ruang Tamu.

Trending

Besi Tingkap Dicungkil, Wanita Dirogol Dalam Bilik Ketika Suami Tidur Di Ruang Tamu.

Seorang wanita dirogol penyamun selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang di sini, dipecah masuk perompak, awal pagi semalam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata dalam kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa berusia 34 itu yang tidur di dalam biliknya, dikejutkan dengan kehadiran tiga perompak.

Katanya, seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum mangsa dirogol manakala dua lagi suspek berada di luar bilik.

“Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh,” katanya.

Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa turut mengadu dia diacukan pisau oleh suspek,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, sebaik dimaklumkan, suami mangsa dan jiran cuba mengejar suspek namun gagal. Suami mangsa kemudian membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan menemui kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.

“Mangsa kemudian menyedari beg duit berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 turut dilarikan,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pemeriksaan dan disahkan trauma. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...