Pelakon yang namanya kini semakin meningkat naik, Bella Dowanna mengakui berasa terkilan kerana sering menjadi mangsa sindiran fizikal (body shaming) gara-gara tubuh badannya yang sedikit berisi.
Kata pelakon drama Budak Tebing itu lagi, dia juga menjadi sasaran gurauan berbaur seksual malah perkara seperti itu turut terjadi dalam kalangan kru penggambaran drama yang disertainya.
Saya pernah disindir dengan jenaka ‘double meaning’ oleh kru yang saya sifatkan sebagai jahat. Mereka sedang berbual dan berkata ‘besarnya betik’ ketika saya lalu di hadapan mereka.
Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim,20, ini mengakui terlalu kerap dijadikan bahan lawak bukan sahaja oleh netizen, malah rakan artis itu sendiri.
Mereka mungkin bergurau, tetapi sebenarnya perkara tersebut agak sensitif dan menyakitkan hati. Kadang-kadang saya buat tak dengar saja.
Berikutan kecaman dan kritikan yang diterimanya saban hari, Bella mengambil segala kata-kata netizen sebagai motivasi untuk dia berusaha dalam perjalanan menurunkan berat badan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.