Berus Gigi Lunyai, Isteri Pelik Cara Suami Gosok Gigi

Trending

Berus Gigi Lunyai, Isteri Pelik Cara Suami Gosok Gigi

Bagi pasangan suami isteri, kebiasaannya kita hanya akan kenal dengan lebih mendalam serta dapat melihat tabiat sebenar pasangan kita selepas berkahwin. Biasalah manusia, mesti ada tabiat baik dan tidak kurang juga yang kurang baik.

Walaupun bercinta berbelas tahun sekali pun, sudah pasti ada perangai mereka yang kita baru perasan dan tahu hanya selepas mendirikan rumah tangga. Maklumlah sudah tinggal sebumbung, bertambah rapat dan mesti akan lebih masa yang diluangkan bersama.

Advertisement

4 years lalu

Ceraikan Isteri Kerana Tidak Tahan Tabiat Isteri Yang Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun

Antara perangai atau tabiat pasangan kita ini termasuklah sendawa dengan kuat, suka kentut, suka tidur dan bermacam-macam lagi lah.

Namun, itu semua sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga. Kita sebagai suami atau isteri perlu menerima kekurangan pasangan masing-masing dan menyesuaikan diri dengan perkara tersebut.

Isteri pelik macam mana suami gosok gigi, berus gigi semua habis lunyai dan kembang dengan cepat

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh pengguna bernama Kieadamy97_ yang memaparkan dirinya menunjukkan berus gigi suaminya yang sudah lunyai dan kembang.

Advertisement

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu menunjukkan beberapa batang berus gigi milik suaminya yang diambil dari dalam bilik air.

Lebih menghiburkan adalah apabila kesemua berus gigi suaminya itu dilihat sudah kembang dan lunyai membuatkan wanita tersebut naik hairan dan pelik tentang cara suaminya menggosok gigi.

Bertambah lucu apabila dia kemudiannya membebel seorang diri kerana sangat hairan bagaimana berus gigi suaminya itu boleh jadi lunyai sebegitu serta berfikir tentang cara suaminya memberus gigi.

Apa yang menjadi perhatian penonton video tersebut adalah gelagat wanita itu yang kemudiannya membuat demonstrasi perbezaan cara orang perempuan dan lelaki menggosok gigi. Kelakar sangat lah ‘akak’ ini.

“Sebab tu lelaki ni simple kak.. kitorang berus gigi niat nak hilangkan gigi, tak perlu gosok dah hari-hari nanti”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 416.2 ribu tontonan, 31 ribu like dan 1.9 ribu komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video wanita tersebut dan ramai juga yang boleh relate dengan situasi yang dikongsi wanita itu.

Advertisement
Isteri hairan berus gigi suami cepat lunyai

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Isteri hairan berus gigi suami cepat lunyai

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang berus gigi lelaki banyak menjadi lunyai kerana mereka menggunakan berus gigi itu untuk mencuci lantai dan mangkuk tandas.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...