“Beruntung Mereka, Empat Anak Syurga Sudah Menanti Di Sana..” – Rozita Che Wan Titip Kata Semangat Buat Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Hiburan

“Beruntung Mereka, Empat Anak Syurga Sudah Menanti Di Sana..” – Rozita Che Wan Titip Kata Semangat Buat Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan menganggap adiknya, Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha sebagai orang yang bertuah kerana memiliki anak-anak syurga.

Menerusi satu video di TikTok, Rozita berkata Ayu dan Zaquan mempunyai anak-anak yang dapat menarik mereka ke syurga di akhirat kelak.

Advertisement

Memahami rasa kehilangan yang dihadapi adiknya itu, Rozita yakin kesedihan itu akan digantikan dengan kebahagiaan di sana nanti.

Mummy dan daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman penuh kenikmatan.

Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana.

Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, insya-Allah.

Pelakon itu turut berkongsi momen-momen bersama anak saudaranya itu.

Dalam galeri telefon mak ngah ini banyak sangat gambar Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak datang, mak ngah yang akan ke Seremban. Baby yang sangat baik, terlalu baik dan luar biasa.

Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga, damailah kamu di sana sayangku.

Terdahulu, Zaquan menerusi satu hantaran di Instagram Story memaklumkan anak sulungnya, Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur.

Ayu Raudhah melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zaquan Adha Ayu raudhah
23 hours ago

"Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Sahaja Yang Tahu" - Zaquan Adha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...