Satu perkongsian tular di platform Threads baru-baru ini mencetuskan kebimbangan ramai apabila seorang wanita berkongsi pengalaman cemas yang hampir mencetuskan kejadian tidak diingini.
Individu dikenali sebagai Noor Asyikin tampil memberi peringatan khususnya kepada wanita agar sentiasa berwaspada ketika berada di dalam kenderaan. Menurutnya, amalan mudah seperti mengunci pintu kereta sama ada ketika memandu atau berhentiboleh menjadi langkah penting dalam menjaga keselamatan diri.
Kisah tersebut berpunca daripada pengalaman yang dialaminya sendiri di kawasan parkir sekitar Titiwangsa, apabila seorang lelaki tidak dikenali menghampiri keretanya secara mencurigakan.
Menurut Asyikin, ketika dia sedang bersiap untuk mematikan enjin, dia menyedari kelibat lelaki tersebut berjalan di hadapan keretanya. Namun situasi bertukar tegang apabila lelaki itu tiba-tiba muncul di sebelah pintu pemandu dan mula menjenguk ke dalam kenderaan berulang kaliKeadaan menjadi lebih mencemaskan apabila lelaki itu cuba membuka pintu kereta. Mujur Asyikin telah mengunci pintu lebih awal, sekali gus menghalang sebarang cubaan yang lebih berbahaya.


Menerusi rakaman yang dikongsikan, lelaki tersebut dilihat terus menghendap cermin untuk melihat ke dalam kenderaan. Tidak tahan dengan gangguan berterusan, Asyikin akhirnya membunyikan hon sebelum lelaki itu beredar dari lokasi berkenaan.
View on Threads
Kepentingan Berjaga-jaga
Tambahnya lagi, kawasan tersebut sebenarnya sering dipantau oleh pihak berkuasa, namun langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil. Malah, polis peronda sebelum ini juga pernah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan barangan peribadi seperti beg tangan.
Menurutnya, cara paling selamat adalah dengan memegang atau menyilangkan beg ke badan bagi mengelakkan ia mudah diragut.
“Selalunya selamat je. Aku pun dah bertahun-tahun dekat kawasan tu Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cuma hanya beri peringatan, untuk lelaki juga, sentiasa kunci kereta. Dekat persimpangan lampu isyarat pun banyak je kes penunggang motosikal curi beg tangan sebab tak kunci pintu. Jadi berhati-hatilah,” ujarnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa takut selain berkongsi tip keselamatan.
“Takutnya. Dah la dia tercegat je dekat situ. Dia memang tunggu kamu keluar tu sis. Allah masih lindungi awak,” kata seorang pengguna.
Selain itu, ada juga yang menasihatkan agar menggunakan hon sebagai langkah kecemasan sekiranya berdepan situasi mencurigakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
