Bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar, Zurini Hasbullah berkata dia kini mengalami saat sukar apabila terpaksa meneruskan hidup dengan berniaga gara-gara tidak menerima wang nafkah daripada bekas suaminya itu.
Ditemui media, Zurini juga terpaksa membesarkan ketiga-tiga orang anaknya secara bersendirian setelah diabaikan Cliff sejak beberapa tahun yang lalu.
Lebih memeritkan apabila buah hatinya itu disahkan menghidap penyakit autisme dan disleksia.
Jujur saya katakan, sejak kami mendirikan rumah tangga di Kuala Lumpur pada 2009, segala perbelanjaan saya tanggung kerana suami tiada pekerjaan tetap.
Kami sah bercerai pada 2019, itu pun selepas saya sendirian turun naik mahkamah di Kuching berkali-kali untuk menuntut fasakh selepas suami gagal dikesan untuk tempoh yang lama.
Cliff kemudian dikatakan ‘muncul’ semula apabila dia menyertai program hiburan Gegar Vaganza sebelum menjadi juara sekaligus meraih hadiah wang tunai RM100,000.
Zurini dalam pada itu turut berasa kesal kerana digelar ‘gold digger’ hanya kerana menuntut hak anak-anaknya untuk mendapatkan nafkah daripada bapa mereka.
Dia yang sebelum ini meluahkan rasa sedih dan kepayahan yang dilaluinya itu menerusi TikTok turut dikecam netizen yang tidak mengetahui cerita dan kisah sebenar.
@kaitbyninie it’s sad it’s frustrating but still I feel for my kids im mad but I’m still hoping he wld change for the kids…they deserved more #livekenabanned
Wanita itu kini bergantung kepada pendapatan menjual kraftangan iaitu beg kait yang dihasilkannya sendiri di atas talian.
Zurini juga sempat berpesan kepada Cliff agar menyedari tanggungjawabnya sebagai bapa kepada tiga anak istimewa itu.
“Berubahlah segera sebelum ajal menjemput, sebelum kita kehilangan masa dan kehilangan kasih sayang anak-anak” ujarnya mengakhiri perbualan.