Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bertunang Tak Perlu Lama-Lama..” Ruhaines Belum Rancang Kahwin Dengan Mr. E

Ruhainies

Setelah semalam kakaknya, Risteena telah selamat berumah tangga dengan jejaka pilihan, kali ini pastinya tumpuan beralih kepada pelakon Ruhainies pula tentang bilakah bakal berlangsung perkahwinan antara dirinya dengan lelaki bergelar Mr. E.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul yang ditemui media berkata, dia masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujang meskipun terdapat desas-desus yang mengatakan dia bakal bernikah pada tahun hadapan.

Menurut Ruhainies, dia kini ingin menumpukan perhatian kepada soal kerjaya kerana banyak kerja tertangguh yang perlu diselesaikan.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Advertisement

“Saya belum ada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab sibuk dengan penggambaran drama sehingga hujung tahun ini. Seperti semua sedia maklum, banyak kerja tertangguh akibat COVID-19, jadi bila sudah dibenarkan menjalani penggambaran, jadual kerja saya padat.”

Ruhainies yang sebelum ini mendedahkan bahawa sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka digelar Mr. E itu mengakui tidak risau jika kekasihnya itu disambar orang.

RuhainiesSumber : Google  

Hanya berserah kepada jodoh, Ruhainies tidak mengambil berat kata-kata orang yang mengatakan menunggu terlalu lama menyebabkan risiko kekasih disambar orang itu tinggi.

“Setakat ini kami tak ada rancang untuk bertunang. Tapi saya tak suka kalau nak bertunang dalam tempoh yang lama. Mungkin paling lama pun, seminggu sebelum bernikah.” ujarnya mengakhiri bicara.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. usah gusar

    March 16, 2021 at 5:00 pm

    bukan dah putus ka?

Loading...
To Top