Bertudung Tetapi Baju Ketat & Bergelek, Mas Idayu Ditegur Netizen – “Aku Yang Perempuan Pun Malu Tengok”

Hiburan

Bertudung Tetapi Baju Ketat & Bergelek, Mas Idayu Ditegur Netizen – “Aku Yang Perempuan Pun Malu Tengok”

Persembahan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu menjadi bualan hangat selepas satu video memaparkannya tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, penyanyi berusia 53 tahun itu dilihat tampil dengan busana glamor dan turut bergelek ketika membuat persembahan.

Advertisement

Selain bernyanyi solo, Mas Idayu juga turut membuat persembahan duet bersama penyanyi, Farez Adnan dengan menyanyikan lagu Air Titik Ke Batu.

Aksi tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi bercampur-baur dalam kalangan netizen yang menonton dek kerana imejnya kini yang sudah bertudung.

Meskipun ada yang terhibur dan suka dengan persembahan itu, namun tidak kurang juga yang tampil memberi teguran kepada Mas Idayu.

Menerusi ruangan komen hantaran itu, sesetengah netizen menyuarakan rasa kurang senang dengan penampilan Mas Idayu yang dilihat mengenakan pakaian ketat meskipun bertudung.

Dalam pada itu, segelintir pihak berpendapat itu adalah hiburan semata-mata namun terdapat juga pihak yang menasihatkan Mas Idayu untuk memperlahankan rentak persembahannya.

Netizen memberikannya peringatan mengenai batas penampilan dan persembahan artis wanita terutamanya yang sudah pun berhijab.

komen netizen komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kilafairy istiqamah
2025-07-12 10:35:59

"Doakan Saya Kuat Dengan Imej Ni.." - Kilafairy Baru Sedar Susah Nak Kekal Istiqamah, Masih Mahu Bertudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...