“Bertuah Sungguh Money” – ‘Founder’ Tudung Sambut Hari Lahir Kucing Di Butik Louis Vuitton, Siap Pakai Baju Rekaan Rizalman

Kehidupan

“Bertuah Sungguh Money” – ‘Founder’ Tudung Sambut Hari Lahir Kucing Di Butik Louis Vuitton, Siap Pakai Baju Rekaan Rizalman

Seorang ‘founder’ jenama satu tudung terkenal dilihat ada menyambut hari lahir haiwan peliharaannya yang bernama ‘Money’ dengan gaya mewah sekali.

Haliza Maysuri telah mencuri perhatian netizen kerana membawa kucing kesayangannya itu ke sebuah butik satu jenama mewah antarabangsa bagi tujuan itu.

Advertisement

Alhamdulillah anak papa 7 tahun harini. Selamat ulang tahun Money. Mama, papa doa untuk Money panjang usia dengan sihat dan cerdik.

Malah, kucing comel itu turut dipakaikan dengan busana khas yang ditempah khas daripada Haute Couture By Ri, milik pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim.

Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture By Ri macam Mama, meletup berkilau mewah Swarovski itu.

Semasa sambutan berlangsung, kelihatan Haliza dan keluarga turut menghadiahkan Money seutas beg Louis Vuitton yang ditempah khas dari Paris.

@halizamaysuri

Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju @hautecouturebyri macam Mama, letop berkilau mewah Swarovskinya ? Bersiap nak celebrate birthday Money

? original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa teruja melihatkan kucing diraikan hari lahirnya secara mewah seperti itu.

Ramai pula yang ‘offer’ nak jadi anak angkat pasangan ‘founder’  jenama tudung Bawal Exclusive itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

MUA BELLAZ
8 months ago

MUA Bellaz Hentikan Penjualan Produk Keychain Wajah Anak - "Terima Kasih Yang Bagi Nasihat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...