Baru-baru ini pelakon senior, Fauziah Nawi telah mendedahkan bahawa gaji penyampai radio mampu mencecah hingga RM150K sebulan bagi mereka yang bekerja di stesen radio swasta.
Tepis dakwaan
Ekoran kontroversi tersebut, bekas penyampai radio, Linda Onn pun tampil menafikan dakwaan mereka yang memetik namanya dengan mengatakan dirinya pernah mendapat gaji sekitar RM45K dahulu.
Pandai-pandai je awak cakap gitu. Bestnya lah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi macam tu.
Dulu menang award pun, nama tengah gah pun gaji tak adalah sampai RM1oK. Bertuah penyampai radio zaman sekarang. Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu. Best nya..
Zaman dulu lain
Tambah Linda lagi di satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, zaman dahulu kini berbeza dengan zaman penyampai radio sekarang. Menurutnya, dia faham dengan sistem stesen radio telah berubah dan gaji penyampai radio juga semakin tinggi. Namun, dia juga merasa terkilan kerana pada zamannya, gaji juga susah untuk dinaikkan.
Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal, tengok KPI, tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.
Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat. Why, why, why? Kita terima je lah..
View this post on Instagram
Sementara itu, bekas DJ ini turut berasa gembira untuk penyampai radio sekarang yang lebih besar gajinya. Kata Linda, dia redha dengan rezeki yang diberi.