Memetik laporan Harian Metro, seorang bekas pemain bola sepak telah ditahan kerana terlibat dalam kes jenayah rompak dan pecah rumah di Benut, Pontian Johor.
Perkara tersebut telah disahkan Timbalan Ketua Polis Pontian, Deputi Superintendan Abdul Hamid di mana suspek juga berkelakuan agresif ketika ditahan.
Bekas pemain bola sepak liga Malaysia ditangkap polis di Pontian, Johor. Katanya dah mengaku terlibat kes pecah rumah. pic.twitter.com/kEJFZ1bNH0
— OH! MEDIA (@ohtweet) July 6, 2023
Suspek yang berusia 33 tahun itu bertindak agresif apabila pihak polis cuba menahannya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan kerana dia tidak mahu memberikan kerjasama.
Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian bernilai puluhan ribu ringgit.
Hasil siasatan, suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan.
Suspek difahamkan pernah beraksi bersama pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air. Dia juga pernah bermain di Liga Thailand dan Liga Jepun.
Kali terakhir suspek beraksi pada tahun 2018 dalam Liga Super sebelum menukar haluan bermain dalam Liga M3.