Bertepuk Sebelah Tangan Tidak Akan Berbunyi – Aliff Aziz

Hiburan

Bertepuk Sebelah Tangan Tidak Akan Berbunyi – Aliff Aziz

Semalam telah berlangsung satu sesi sidang media oleh Aliff Aziz dan Bella Astillah untuk memperjelaskan kontroversi yang berlaku. Pelbagai soalan pedas telah ditanyakan oleh para wartawan namun kesemuanya telah dijawab dengan tenang oleh pasangan suami isteri. Apa yang penting, Aliff Aziz mengaku telah melakukan kesalahan dan memohon maaf kepada semua pihak apa yang telah terjadi.Bella juga telah menarik balik laporan polis yang dilakukannya.

aliff aziz

Advertisement

Malah Aliff turut meminta agar pihak satu lagi (Afifah Nasir) tidak menegakkan benang yang basah dan turut sama mengaku bersalah. Kata Aliff:-

Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan. Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu.

Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah. Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir.

aliff aziz

Aliff Aziz juga menegaskan bahawa dirinya bukanlah seorang kaki pukul seperti yang didakwa di laman sosial. Tambah Aliff lagi:-

Dakwaan saya pukul isteri seperti yang ditulis di akhbar sangat berat buat saya. Saya tidak pukul Bella, malah kenyataannya di dalam laporan itu hanyalah mengasari tanpa sengaja. Saya bukan jenis manusia kaki pukul dan tidak pernah sekalipun memukul siapa-siapa dengan sengaja.

aliff aziz

Aliff Aziz dan Afifah Nasir berlakon di dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuas hati. Kini kita hanya perlu menanti sama ada Afifah Nasir akan tampil dengan penjelasannya tersendiri. Sama-sama kita doakan agar perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah akan terus kukuh selepas kontroversi ini. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...