Written by AbangNara | August 29th, 2019

Kecoh semalam apabila bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah dikatakan telah bertemu jodoh apabila gambarnya memakai busana pengantin dimuatnaik ke laman sosial. Ramai yang patah hati, namun tetap cekal mengucapkan tahniah sekiranya Bella telah benar-benar berjaya mendapatkan pengganti. Namun kini anda boleh menarik nafas lega kerana ura-ura itu semuanya tidak benar. Bella Astillah masih solo, masih single dan masih belum bertemu lelaki yang mampu mengisi kekosongan hatinya.

bella astillah kahwin

Bella Astillah juga telah bertindak memadam gambar-gambar yang dimuatnaik itu untuk meredakan keadaan, sekaligus mengelakkan salah faham. Sebenarnya apa yang terjadi hanyalah sekadar satu babak daripada sebuah drama lakonan Bella. Terang Bella Astillah:-

Foto itu sebenarnya sebahagian daripada babak drama Cinta Belum Tamat Tempoh arahan Jamal Khan yang saya jayakan. Jangan pula ada yang membuat spekulasi mengatakan saya sudah menemui pengganti. Bertenang… Saya masih solo. Saya selesa sendiri dan mahu terlebih dahulu menikmati fasa ini kerana tiada tekanan

bella astillah kahwin

Sejak bergelar janda, semakin murah nampaknya rezeki Bella. Alhamdulillah. Abang Nara suka dengan semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Bella. Gagal dalam perkahwinan bukan bermaksud kita perlu bersedih dan meratapi nasib sepanjang masa. Life must goes on. Apa yang ditunjukkan oleh Bella ini adalah satu contoh yang sangat baik buat wanita-wanita di luar sana. Apa pun kepada lelaki-lelaki yang menaruh hati kepada Bella, anda masih ada peluang. Silalah berusaha untuk menambat hati janda panas ini. Selamat mencuba. Sumber Berita Harian.

12 responses to Bertenang, Saya Masih Solo – Bella Astillah

  1. Anonymous says:

    cepatlaa abangnara, up cerita penyanyi bbnu ditahan polis sbb serang pekerja stesen minyak tuuuuu

  2. Anonymous says:

    caption mengundang memang la orang salah paham.

  3. Rin says:

    Bosannya asyek gossip ko aje,

    • Anonymous says:

      Siapa suruh wartawan sendiri yang cari cerita dia. kau je lah jadi wartawan dan up cerita2 artis lain.

    • Anonymous says:

      hahaha ada perempuan buruk dalam ni yg jeles kat bella. Buat komen banyak2, aku dapat detect kau punya ip ngek. Dari area yg sama. Samaada jeles sebab dia huduh tak laku, atau dia nie bekas betina alif yang macam bohsia tu semua.

  4. Anonymous says:

    menyampah pulak lama2 aku tengok bella ni.

  5. Anonymous says:

    Aku gelabah ..aduh bella nak kawin lagi .. gelabah gelabah ..

    Hey pompuan ngok … Kau terjun klcc pun aku tak kesah la

  6. syaitoonnnn says:

    mampuih p kat hang la nak kawen btoi2 pon…org x gelabah pon..hang yg perasan lebihhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini