Bila bercakap soal jodoh ini, tiada siapa akan tahu siapa melainkan Allah yang telah tetapkan ia sejak di Luh Mahfuz lagi dan sampai masa, pasti kita akan bertemu dengan jodoh itu.
Jodoh ini boleh dikatakan berkait rapat dengan hati serta perasaan juga. Ada juga yang berkata kadang ‘cinta itu buta’ dan mungkin disebabkan itu, tak hairan kita melihat berita lelaki bujang mengahwini nenek tua ataupun atuk tua berkahwin dengan wanita muda.
Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dari Indonesia yang menjadi viral apabila memberitahu kawan baiknya sejak dibangku sekolah kini bergelar sebagai ibu tirinya.
Menurut gadis tersebut, selepas rakan baiknya iaitu Anisa mengahwini bapanya, mereka bersepakat untuk membuka satu akaun TikTok di atas nama anisa_fithry untuk berkongsi momen-momen mereka bersama sebagai ibu tiri dan anak tiri.
Gadis bernama Fithry itu turut memberitahu kawannya sudah menikahi bapanya sejak 22 Ogos tahun lalu dan ia diraikan dengan penuh meriah.
Dalam pada itu, gadis Indonesia tersebut mengakui berasa amat gembira apabila kini sudah bergelar keluarga dan juga tidak kekok untuk mengenalkan Anisa sebagai ibu tirinya kepada orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.