Bertemakan Biru Putih, Amira Othman Diraikan Teman Rapat Dalam ‘Bachelorette Party’ – “Penat Simpan Rahsia Ni”

Hiburan

Bertemakan Biru Putih, Amira Othman Diraikan Teman Rapat Dalam ‘Bachelorette Party’ – “Penat Simpan Rahsia Ni”

Bakal naik pelamin, penyanyi Amira Othman diraikan oleh beberapa sahabat beberapa hari sebelum pengumuman pernikahannya dengan aktor Fattah Amin yang berlangsung petang semalam.

Majlis intimasi itu membabitkan beberapa rakan karib dengan tema putih dan biru sebagai tanda kesucian cinta, dipercayai diadakan di sebuah bilik hotel di ibu negara.

Advertisement

Demikian kapsyen berupa kalimah doa yang diucapkan untuk memohon agar Allah memberikan kebaikan, keberuntungan, dan rahmat kepada bakal pengantin.

Video momen manis yang juga kejutan buat Amira, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, dikongsikan oleh usahawan Nellysa Aina menerusi platform Reels.

Kelihatan bakal raja sehari yang anggun menggayakan abaya dan tudung putih, terkejut apabila disambut sorakan teman-temannya sebaik membuka pintu.

Selain diraikan dengan kek, Amira kelihatan malu-malu apabila dipakaikan selempang bertulis ‘getting hitched’ atau bakal bernikah.

Semalam, Fattah, 35, membuat kejutan lamaran ketika Amira dan adiknya, Irfan Haris, menyanyikan lagu duet terbaharu berjudul Rasa & Takdir pada majlis pelancaran single tersebut di sebuah hotel.

(TERKINI) Bukan Rahsia Lagi, Fattah Amin Dan Amira Othman Nikah 14 September Ini!

Sekali gus, teka-teki mengenai hubungan istimewa mereka yang diperkatakan sejak Januari lalu iaitu ketika fasa awal mendakwa hanya rakan sekerja, akhirnya terjawab.

Spekulasi mengenai hari jadi Fattah iaitu 14 September sebagai tarikh pernikahan yang sebelum ini dinafikan, akhirnya disahkannya sendiri pada pengumuman berkenaan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa kedua-dua personaliti popular itu bakal disatukan dalam tempoh terdekat, namun dakwaan itu ditangkis Fattah mahupun Amira.

Terdahulu, Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017, namun mereka bercerai selepas tujuh tahun. Perkahwinan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah amin
2025-09-08 16:34:58

(TERKINI) Bukan Rahsia Lagi, Fattah Amin Dan Amira Othman Nikah 14 September Ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...