“Bertaubat Sebelum Terlambat, Hal Dia Buat Mungkin Akan Ditimpa Laknat” – Pesanan Farid Kamil Untuk Diana Danielle

Hiburan

“Bertaubat Sebelum Terlambat, Hal Dia Buat Mungkin Akan Ditimpa Laknat” – Pesanan Farid Kamil Untuk Diana Danielle

Setelah selesai urusan di mahkamah semalam, Farid Kamil sempat meminta isterinya, Diana Danielle bertaubat sebelum terlambat sewaktu ditemubual oleh pihak media.

Menurut Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari, dirinya tetap akan memaafkan Diana biarpun kesalahan yang dilakukan oleh isterinya besar kerana masih cinta serta mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Advertisement

Bertaubat sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dilakukan itu akan ditimpa laknat yang saya sendiri tak boleh nak ampunkan.

@melodiberapi Pesanan Farid Kamil buat isteri tercinta Diana Danielle ? #meloditv3 ? original sound – Melodi

Bagaimanapun, aktor yang juga merupakan seorang pengarah itu enggan mengulas secara lanjut mengenai kesalahan yang dibuat oleh Diana hingga dia berkata sedemikian.

Dalam pada masa yang sama, proses sulh antara Farid dan Diana gagal kerana aktres tersebut tidak menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan belum bersedia untuk bersemuka dengan suami.

Hal itu dimaklumkan oleh Diana kepada peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan sehari sebelum proses tersebut berlangsung di Pejabat Sulh mahkamah itu.

1 year ago

"Saya Ada Kejutan Khas.." - Farid Kamil, Diana Danielle Jalani Prosiding Sulh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...