Jenama roti terkenal Malaysia, Gardenia nampaknya telah membuatkan ramai tidak ‘duduk diam’ apabila syarikat ini telah melancarkan dua lagi perisa terbaharu untuk pasaran tempatan.
Dua perisa tersebut adalah ‘Black Forest’ dengan kismis serta Karamel Masin yang ternyata telah mengujakan pengguna di luar sana.
Rata-rata netizen di media sosial telah menzahirkan perasaan teruja dan tidak sabar untuk merasai keenakan roti tersebut yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia.
Menjengah di media sosial Twitter, ramai telah mula berkongsi foto roti perisa terbaharu itu dan pengalaman menikmati makanan ringan tersebut.
Hui hui I pun dah dapatkan???? pic.twitter.com/0USlcEeRxd
— _ (@toosuckfucking) November 17, 2021
“Gardenia sedang dalam perjalanan untuk perisa roti lebih hebat.” tulis seorang pengguna Twitter.
“Dua-dua kegemaran saya, tak sabar untuk cuba dua-duanya..” sahut seorang netizen lagi.
Ada di kalangan pembaca sudah cuba? Amacam, sedap tak?