Semakin maju dan bertambah rezeki penyanyi Lan Solo apabila dia khabarnya telah menaiktaraf kedai runcit miliknya iaitu Solo Borneo Mart yang terletak di Puchong Prima, Selangor ke banguna yang lebih besar.
Ujar Lan, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi baharu kerana memenuhi keperluan kedainya yang memerlukan ruang yang lebih luas untuk menyimpan barang jualan dan juga untuk keselesaan pelanggan.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, lokasi kedai baharu yang terletak di Bukit Puchong tidak lah jauh daripada kedai lamanya yang hanya 10 kilometer jarak antara dua buah kedai itu.
Kenapa kita pindah sebab nak kembangkan lagi bisnes kami selepas dua tahu beroperasi. Kedai lama hanya satu tingkat sahaja, macam dah tak relevan sebab situlah tempat letak stok, tempat pelanggan membeli, pejabat dan sebagainya, jadi kurang selesa untuk orang ramai yang datang. Alhamdullilah kami dapat menyewa bangunan tiga tingkat. Lokasinya juga strategik dan luas.
Dia dalam pada itu menafikan sebab pemilihan lokasi baharu adalah disebabkan beberapa insiden seperti rompakan dan juga aduan masyarakat setempat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia dan isteri hanya ingin mengembangkan perniagaan dan turut berazam untuk memiliki gudang sendiri pada suatu hari nanti.
Terdahulu, Lan mengalami kerugian lebih RM500 apabila kedainya dirompak serta pernah disaman oleh pihak berkuasa kerana didakwa menganggu lalu lintas setelah mendapat aduan daripdaa penduduk setempat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.