Baru-baru ini, akaun TikTok kakak Abang Bas menjadi perhatian selepas dia berasa sedih apabila anak perempuannya persoalkan mengapa bapa saudara sudah tidak mengambil di sekolah seperti biasa.
Difahamkan, sebelum ini memang Abang Bas yang selalu mengambil anaknya tetapi dia tidak dapat melakukan perkara tersebut susulan isu yang baru terjadi hingga mengakibatkan pemuda itu direman.
Kakak sebak anak persoal ‘mana Paksu’
Kata kakak Abang Bas lagi, dia sudah dapat agak yang anaknya akan persoalkan hal itu memandangkan orang lain yang menjemputnya selepas pulang sekolah.
Tepat tekaan ibu! Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik sekolah? Ibu terus ” pakitam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil. Caca balik awal, ibu tak boleh keluar awal.
Kerana sering ditanya dengan soalan yang sama, wanita tersebut tidak tahu sampai bila perlu menipu bahawa bapa saudara sudah tidak dapat menjemputnya di sekolah lagi susulan kes tular itu.
Netizen turut simpati
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian, di mana rata-rata netizen turut berasa sebak apabila mendengar cerita yang diluahkan oleh kakak Abang Bas.