Miliki Kulit Wajah Sekata Dengan Solusi Menakjubkan Ini

Gaya Hidup

Miliki Kulit Wajah Sekata Dengan Solusi Menakjubkan Ini

Nampak remeh tapi geram sangat apabila melihat bintik hitam ‘menghiasi’ wajah. Penat betul setiap kali pandang cermin dan bertambah lelah apabila kena ‘tepek’ foundation dengan teliti supaya wajah nampak sekata dan licin. Hailah nasib..

Mungkin anda alpa tetapi banyak sebenarnya tabiat luar sedar yang menyumbang kepada bintik hitam pada wajah. Nak tahu apa? Duduk berjemur di bawah matahari sehingga sebabkan pigmentasi, gatal tangan picit jerawat sampai berbekas mahupun kerana parut luka sebelum ini. Bukan itu sahaja, kandungan melanin yang lebih senang dihasilkan oleh kulit orang Asia juga merupakan penyumbang utama kepada masalah ini.

Advertisement

Banyak sebenarnya punca yang menyebabkan bintik hitam pada wajah anda. Tambahan pula, banyak betul produk untuk mengatasi bintik hitam di pasaran. Tapi, bukan semuanya berkesan dan paling penting bukan semuanya selamat untuk dipakai pada kulit. Nah, sekarang ini apa pula ‘trick’ terbaik untuk anda lenyapkan masalah ini daripada membelenggu kehidupan seharian.

Pernah dengar tak mengenai NIVEA Luminous630 daripada #myNIVEA? Inilah jawapan yang bakal mengurangkan bintik hitam yang terkumpul 10 tahun dalam hanya 4 minggu tanpa merosakkan kulit. Menariknya, NIVEA berjaya menemui kandungan hebat pertama di dunia* iaitu Luminous630 selepas menapis 50,000 kompaun dengan 11 tahun kajian mendalam. Wow!

*dalam rangkaian produk NIVEA

Sesiapa yang mengimpikan wajah yang bebas bintik hitam, sememangnya patut mencuba NIVEA Luminous630 kerana ia mampu mengurangkan bintik hitam dalam masa 4 minggu sahaja tanpa merosakkan kulit anda. Banyak lagi tahu perubahan menakjubkan yang anda boleh alami sendiri selepas 4 minggu menggunakan produk ini. Nak tahu apa?

  • Kulit kusam terbukti akan meningkat keseriannya sebanyak 24%*
  • Jumlah bintik hitam pada kulit terbukti berkurangan hingga 43% banyaknya*
  • Kegelapan bintik hitam terbukti berkurangan sebanyak 12%**

**berdasarkan ujian pada 50 pengguna, 2019-2020, Malaysia

Hebat kan NIVEA Luminous630?

nivea

Nak tahu macam mana produk ini melakukan magiknya? Ia mempunyai dwi tiub bagi mengekalkan kesegaran kandungan aktif di dalamnya yang mula bertindak selepas kedua-dua formula tersebut bergabung pada kulit anda. Satu tiub menyimpan Luminous630 yang bertindak mengurangkan bintik hitam yang sudah bertapak dengan dalam manakala satu lagi tiub mengandungi Hyaluron dan Vitamin E yang berfungsi melembapkan dan membantu Luminous630 meresap secara mendalam pada kulit.

Kulit wajah sekata bukan lagi angan-angan sekiranya anda keluar daripada kepompong belenggu dan berjabat tangan dengan NIVEA Luminous630! Turut dibuktikan berdasarkan kajian dan juga testimoni pengguna, sudah pasti anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini.

nivea

Jadi jangan tunggu lagi dan sepantas kilat dapatkan NIVEA Luminous630 sekarang di Watsons, tak payah susah-susah nak keluar! Lagi cepat beli, lagi cepat wajah anda bebas bintik hitam dan berseri, betul tak?

#KatakanTidakKepadaBintikHitam dengan #NIVEALuminous630!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...