Video mempamerkan pelakon remaja Puteri Balqis Azizi sedang bersenam dimuat naik oleh sebuah portal telah mengundang rasa kurang senang warganet.
Sengaja buka ruang orang untuk kecam
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengkritik tindakan portal tersebut kerana dikatakan seolah-olah sengaja mahu membuka ruang orang untuk menghentam pelakon berusia 16 tahun itu.
Seronok ek nak bagi orang kecam Aqish. Banyak lagi pencapaian dia yang engkau boleh tunjuk.
Ibu Aqish mengamuk
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian ibu Aqish, Norashikin Mohd Aziz yang menuntut portal itu memadam hantaran itu kerana mengaibkan anaknya.
Aku tak benarkan kau upload sebarang artikel/video tentang anak aku. Kau saja kacau, cari semua gambar/video anak aku tengah bekerja untuk jatuhkan anak aku lagi?
Bukan itu sahaja, Norashikin turut mendakwa portal yang sama telah menerima suapan berbentuk wang ringgit bernilai RM5000 untuk memburukkannya dan Aqish.