Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meminta kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin lebih awal buat golongan penggiat seni ekoran terdapat banyak aduan daripada para artis. Difahamkan, mereka terpaksa berulang kali menjalani ujian calitan Covid-19 bagi setiap projek.
Presiden persatuan, Zed Zaidi berpendapat kerajaan patut mengambil peluang menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk menyebarkan pengetahuan mengenai suntikan vaksin Covid-19.
Tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, penerbit dan pengarah, Micheal Ang berkata suntikan awal sepatutnya diberikan kepada pelajar-pelajar dan mereka yang bekerja di pasar raya serta sektor makanan.
View this post on Instagram
Salam semua! Terbaca ni tadi! Tepokkkkkk kejap lagi kita semua akan kena hencap dan di anjingkan! Anyway bagi aku la, vaksin kan dulu student2 tu and yg kena kerja kat pasar kat mall tempat makanan. I rasa dia org lagi penting kot! Kita artist ni sabar aje la buat covid test tu!
Artist kan setiap kali kena cucuk dapat duit sebab ada show baru kena cucuk kan so bertabah la tak payah la nak mintak potong que! Sekian terima kasih n sekadar PENDAPAT I AJE OK! Luv u all n stay safe! BTW Kalau tak dapat vaksin pun artist Malaysia Akan tetap guna pengaruh kita untuk suruh rakyat cepat2 ambik vaksin tu! That is what a Malaysian should do! Kita tolong kita selamat gitewwwww! Hehehehhehe
Dia berpendapat golongan yang disebutkan adalah lebih penting dan selebriti sepatutnya bersabar menunggu giliran untuk suntikan vaksin. Katanya lagi, artis sudah tentu mendapat bayaran untuk projek jadi tidak perlulah memohon untuk memotong giliran.
Walau bagaimanapun, dia menegaskan ini hanyalah pendapat peribadinya sahaja. Dia turut yakin selebriti akan menggunakan pengaruh mereka menyeru orang ramai mendapatkan suntikan kerana itulah perkara sebetulnya yang perlu dilakukan.