“Bersyukur Sangat..”- Kes Basikal Lajak, Keluarga Mangsa Lega Akhirnya Dapat Pembelaan

Berita

“Bersyukur Sangat..”- Kes Basikal Lajak, Keluarga Mangsa Lega Akhirnya Dapat Pembelaan

Semalam, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting,27, selepas dia didapati bersalah di atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada tahun 2017.

Berikutan itu, keluarga remaja yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah menzahirkan rasa syukur dan lega apabila kematian anak-anak mereka telah mendapat pembelaan sewajarnya.

Advertisement
mak mangsa basikal lajakSumber : Gambar / BERNAMA  

Ujar ibu kepada seorang mangsa, Sabariah Yusof,54, dia sehingga kini masih terbayang anaknya itu berada di rumah meskipun sudah lama meninggal dunia.

Rasa kecewa sebelum ini wanita terbabit terlepas, sebenarnya tidak tahu hari ini (semalam) dia dijatuhkan hukuman, rasa bersyukur sangat (kematian) dapat pembelaan, tak dapat diungkapkan perasaan.

Kata Sabariah lagi, dia berasa terganggu dari segi emosi berikutan ramai yang mengecam keluarga mangsa dan menyalahkan mereka namun reda di atas ketentuan Ilahi.

Saya rasa sedih (apabila ada orang mengecam), sebab dia anak yang sangat baik dan sangat rapat dengan saya, selalu hantar saya pergi kerja.

Dia juga jarang naik basikal, kerana setiap malam bantu saya meniaga pudin, dia akan jual dari warung ke warung berdekatan. Balik dari meniaga pada hari kejadian, dia keluar dan terlibat kemalangan.

Dalam pada itu, Sabariah meluahkan rasa syukur kerana sentiasa mendapat sokongan moral daripada penduduk setempat, keluarga dan juga guru-guru sekolah.

Sam Ke Ting yang pada hari kejadian baru berusia 22 tahun telah didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada jam 3.20 pagi, 18 Feb 2017.

kes bukit putus
2 years ago

Tak Sangka! Suspek Pembunuhan Bukit Putus Pernah Terlibat Kes Dera Dan Sembunyi Mayat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...